Friday, June 22, 2012

BuangAnginBadan Kaedah Muscare

SMS/CAll   0143332058 untuk urusan pembelian produk atau pertanyaan




1. PENGENALAN

1.1. Kami banyak menerima pertanyaan mengenai masalah angin dalam badan terutama tentang punca-punca angin dan bagaimana untuk mengatasinya. Malah ramai yang datang ke pusat rawatan kami juga kerana masalah angin dalam badan.Kami telah memperkenalkan konsep BuangAnginBadanDIY(Do It Yourself) dan mendapat sambutan yang baik. Ramai yang telah berjaya menyelesaikan masalah angin dengan kaedah tersebut, tetapi ramai juga yang tidak berjaya kerana "punca angin" tidak diselesaikan.

1.2. Kami akan memberi penjelasan lanjut di sini tentang kaedah yang benar-benar berkesan untuk mengatasi masalah AnginDalamBadan supaya lebih ramai orang dapat dibantu.

1.3. Berikut adalah tanda - tanda angin banyak di dalam badan

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
• Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dll rasa ketidakselesaan badan.

2. Punca AnginDalamBadan

2.1. Sistem penghadaman yang tidak berfungsi dengan baik.
2.2. Alahan kepada makanan-makanan tertentu.
2.3. Pengambilan 'painkiller' yang berterusan.
2.4. Emosi yang tidak stabil.
2.5. Gangguan sihir/makhluk halus/saka/pendamping.

2.1 Sistem Penghadaman

  • Makanan yang masuk ke perut mesti keluar semula dalam bentuk najis; proses hadam-buang ini perlu berlaku dalam tempoh 18 jam. Kuantiti najis yang keluar mestilah berkadaran dengan kuantiti makanan yang masuk. Bayangkan bagaimana serbuk kelapa diperah untuk diambil santannya dan hampasnya dibuang. Jadi bolehlah kita lihat samada kitaran ini lancar atau tidak dalam badan kita. Jika tidak lancar, maka bermulalah masalah angindalambadan.

  • Najis(termasuklah hampas makanan, bahan toksid, lemak, lendir, asid) akan keluar dari usus besar(perut) melalui usus kecil ke saluran dubur.  Najis yang besar dan keras tidak akan muat untuk melalui usus kecil menyebabkan saluran jadi tersumbat. Bila saluran tersumbat, najis akan berkubang di perut dan menghasilkan angin busuk yang membawa masalah kesihatan yang buruk.

  • Lemak dan lendir mudah lekat ke dinding-dinding usus membentuk lapisan tebal yang kotor. Jika bertahun-tahun tidak dibersihkan, kesan kekotoran ini menghasilkan angin busuk yang menjejaskan kesihatan. Tanda yang jelas berlakunya masalah ialah bila najis keluar sedikit atau macam tahi kambing.


2.2 Alahan Kepada Makanan Tertentu

  • Biasanya makanan seperti pulut, kekacang(semua jenis), buah nangka dan lain-lain memberi kesan 'banyak angin' selepas di makan. Ia menjadi lebih teruk jika sistem penghadaman pulak bermasalah.

  • Tahap alahan dan jenis makanan yang terlibat bergantung kepada badan seseorang.

2.3 Pengambilan Painkiller Yang Berterusan

  • Pengambilan painkiller yang berterusan akan menyebabkan penghasilan banyak asid dalam perut. Asid ini selain menghasilkan angin juga boleh menyebabkan ulcer dan gastrik.

2.4 Emosi Tidak Stabil

  • Sistem badan kita berfungsi secara normal jika jiwa kita tenang atau dalam 'relaxing mood'. Tetapi bila emosi tidak stabil, bila marah atau sedih, akan berlaku perubahan kepada penghasilan hormon dan sistem saraf. Misalnya bila marah, urat saraf akan mengembang dan darah menjadi panas (boleh di ketahui dengan memeriksa 'blood pressure) dan ada hormon-hormon yang cepat rosak. Hasilnya terhasil banyak angindalambadan. Orang tua-tua kata, marah itu ialah 'naik angin'.

  • Gangguan emosi selalunya mengganggu sistem penghadaman, jadi bergandalah angindalambadan.

  • Angin yang terhasil akibat 'emotional outbursts' sukar keluar dari badan; agaknya sebagai hukuman dari ALLAH.

2.5 Gangguan Sihir/Makhluk Halus/Saka/Pendamping

  • Sifat gangguan ialah "panas" yang mudah menggoncang emosi dan menggugat sistem saraf badan.

  • Selalunya angindalambadan kes-kes ini boleh berlaku bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'punca'nya diputuskan.




3. Formula BuangAnginBadan Muscare

3.1. Muscare Aroma untuk 'mind relaxing' di samping untuk merawat kesan-kesan angin iaitu lenguh, kebas dan sengal. Diperbuat dari daun-daun hijau dan haruman bunga-bungaan---semulajadi, suci, halal dan kesan keistimewaannya boleh dirasai segera.

3.2. Muscare Herbal Colon Cleanser untuk 'flushing' dan membersihkan perut (serta dinding-dindingnya) dari kekotoran sisa, bahan tosid, asid, lendir dan lemak yang mungkin telah bertahun-tahun berkumpul di situ.   Perut ialah gudang penyakit, membersihkan perut menjadi syarat utama membuang angin dan mencegah penyakit-penyakit lain.

3.3. Slimming Massage Oil untuk beri kesegaran segera kepada bahagian badan yang lesu di sebabkan Angin Di Dalam Badan.

Package BuangAnginBadan Muscare



Package 1 - RM 120
Muscare Aroma 60 ml
Colon Cleanser
Slimming Massage Oil

Package 2 - RM 140
Muscare Aroma 150ml
Colon Cleanser
Slimming Massage Oil


SMS  0143332058 untuk urusan pertanyaan produk.

Klik Di Bawah untuk beli produk secara online.

Klik sini untuk tempahan secara online.


Rawatan BuangAnginBadan Kerana Emosi Tidak Stabil atau Gangguan Sihir/Makhluk Halus/Saka/Pendamping

  • InsyaALLAH, kami juga menyediakan rawatan pemulihan aura diri atau menyelesaikan masalah gangguan-gangguan tersebut.
Nota penting : AnginDalamBadan juga menjadi punca kepada penyakit gastrik, migrain, jantung, stroke, kencing manis, darah tinggi dll. Luangkan masa dan sedikit modal untuk menjaga badan anda!

Muscare House
(IPO 261479-T)
Pusat Rawatan Thobiyyah & Illahiyyah
No 11, Anjung Bercham Megah,
Bercham 31400 Ipoh
Perak.
[Nota: kami juga ada 'mobile team']

Thursday, September 15, 2011

kisah benar...Kisah Zam dan Tujuh Pedamping

Kisah benar….KISAH ZAM DAN 7 JIN PENDAMPING

Aku telah menyaksikan dan malah telah menjadi salah satu watak dalam KISAH BENAR ini; dan aku menulis cerita ini setelah mendapat keizinan watak utamanya....

Panggilan telefon diterima sejam sebelum waktu Maghrib, ketika aku sedang minum petang di Restoran Persanjung Bercham, daripada seorang lelaki umur 30an hendak berjumpa aku di pusat rawatan. Katanya dia ada masalah gangguan makhluk halus. Aku terdiam, ini nampaknya akan menjadi kes gangguan pertama untuk aku uruskan sebagai tabib Thobiyyah & Illahiyyah . Selalunya aku hanya membuat rawatan ke atas kes-kes patah atau masalah-masalah saraf sahaja. Kes-kes gangguan halus memerlukan ketenangan dalaman dan keyakinan yang tinggi. Entah mengapa , secara spontan pulak aku menyatakan persetujuan untuk merawat lelaki tersebut.

Aku sampai ke pusat rawatan ketika cuaca hampir gelap. Perkara pertama yang aku perasan, aku tercium bau busuk diluar pagar sebaik sahaja keluar dari kereta. Ini tanda kehadiran sesuatu, kataku di dalam hati. Aku cuba untuk tidak mengendahkannya . Aku tekan remote auto gate dan masuk ke dalam kawasan porch. Tetapi aku dapati bau busuk masih ada. Aku berdiri dan memandang sekeliling tetapi aku tidak nampak sebarang benda pelik. Tiba-tiba aku teringat, bau busuk ini mungkin ada kaitan dengan kes rawatan nanti, lalu aku terus hampiri paip air di luar pagar.Aku buka paip dan memancutkan air melalui hos membersihkan lantai porch depan. Aku tahu makhluk-makhluk halus membawa haba panas,sebab asal kejadian mereka adalah dari api, jadi aku buat "air tuju" untuk sejukkan keadaan . Dan aku dapati bau busuk sudah hilang setelah keseluruhan ruang di porch di siram dengan air tuju. Agaknya makhluk-makhluk tersebut sudah berundur. Tetapi mata aku terarah ke pokok besar depan pusat rawatan Muscare House yang tiba-tiba bergoyang seperti di goncang. Pokok-pokok berhampiran tidak pulak bergoyang. Aku lihat semula ke arah pokok itu, dan memang aku pasti ia bergoyang. Aku biarkan saja, biarkan dulu .Aku kena bertenang, jangan melatah dengan gangguan-gangguan seperti itu. Guru aku sudah kerap berpesan, jangan sesekali ada perasaan takut apabila berhadapan dengan makhluk-makhluk halus kerana kita berlindung dengan ALLAH. Jika kita haqqulyakin dengan perlindungan ALLAH, dan selagi kita berESAkan hanya kepadaNYA, maka tidak ada apa yang perlu ditakuti.

Aku terus masuk ke rumah dengan fikiran yang mula disinggah kesangsian. Mampukah aku melaksanakan rawatan pada malam ini? Pelanggan atau pemanggil petang tadi sampai pada pukul 8.11 pm, beliau datang seorang saja. Beliau menekan loceng, dan aku menekan switch auto gate supaya dia boleh masuk. Terasa tiba-tiba meremang bulu roma di lengan dan pangkal tengkok aku, ketika aku melihat susuk tubuhnya yang berjalan lemah menuju pintu masuk Muscare House.Ini kes berat jugak fikirku. Ketika bersalaman, aku dapat merasakan tapak tangannya begitu sejuk, juga satu tanda yang tidak elok. Aku persilakan beliau duduk dan terus ke dapur mengambil air minuman botani untuk tetamu. Sementara itu aku memagar Muscare House dengan perintah Sulaiman supaya dengan izin ALLAH, tidak dapat dimasuki makhluk-makhluk halus yang jahat.

Beliau meneguk air botani di dalam gelas yang aku letakkan di depannya dengan perlahan-lahan, lagipun air masih panas; dan belum sepatah kata keluar dari mulutnya. Agak aku, mungkin dia sedang mengumpul idea untuk memulakan perbualan; ataupun sedang menikmati keenakan rasa air botani tadi. Aku rebus sendiri minuman botani ini yang merupakan adunan istimewa herba-herba yang berkhasiat tinggi bagi penjagaan kesihatan dalaman badan. Sudah ramai juga pelanggan yang telah membeli ramuan botani aku ini. Minuman herba pada hakikatnya adalah bagus, asalkan ramuannya dalam sukatan yang betul.

"Boleh nyatakan semula hajat adik berjumpa saya malam ni" kataku memulakan bicara.

Beliau menarik nafas panjang dan berkata dengan suara yang tersekat-sekat "Saya Zam, saya nak mintak bantuan abang buang benda-benda halus yang sentiasa mengikut saya".

"Berapa ekor tu?", tanyaku dalam nada bergurau tetapi bukanlah disengajakan.

"Tujuh." Jawapnya selamba.

Selepas mendengar jawapannya, aku bertukar menjadi serius. Aku scan badannya dengan kaedah illahiyah yang telah aku pelajari untuk mengesan kehadiran jin, memang benar ada 7 guk maknanya ada 7 ekor.

"Ok, kenapa Zam nak membuangnya?", sengaja aku bertanya soalan ini supaya dia menceritakan lebih lanjut kisah yang telah dilaluinya.

Aku terdengar bunyi seperti hujan turun, dan memang benar, nampak titisan-titisan dalam remang cahaya lampu jalan. Ini petanda baik kataku, tanah yang kontang bila dibasahi hujan akan menjadi subur.

Aku nampak Zam menjadi resah, kerap merenung keluar melalui pintu cermin.

"Kenapa Zam? Ada nampak sesuatu ke?"

"Sebenarnya saya boleh berbual dengan jin, dan sekarang ni mereka marah kepada saya kerana datang berjumpa abang" jawap Zam dalam suara takut.

Aku terdiam dan hanya merenung wajah Zam, nampak jelas raut cemasnya. Aku tahu ada orang yang boleh berhubung langsung dengan jin. Tetapi selalunya ia dibuat dalam majlis yang biasanya dipanggil upacara. Dalam hati aku berdoa memohon petunjukNYA. Aku sendiri mulai timbul resah, apatah ini kes yang pertama dan aku berseorangan pulak mengendalikannya. Timbul penyesalan tidak mencari pembantu tadi. Tetapi aku yakin guru aku yang telah aku maklumi tadi tentang kes ini pastinya telah berdoa agar kerja-kerja aku malam ini dipermudahkanNYA.

"Zam jangan takut, percaya kepada saya dan yakin dengan ALLAH" nasihatku dalam nada lembut,walaupun aku sendiri tengah memikirkan apa tindakan aku yang selanjutnya.

Sambil memandang keluar, Zam berkata "Saya dah tak tahu nak buat apa lagi bang, jin-jin ini telah datang mengganggu hidup saya sejak umur saya 21 tahun".

"Macam mana jin-jin ini mengganggu hidup Zam" tanyaku.

"Mereka ni asyik datang pada bila-bila masa dan hendak bersembang dengan saya terutama pada waktu malam, tiap-tiap malam saya diganggu hingga saya hendak tidur pun tidak boleh. Lepas itu mereka menyuruh pulak saya untuk membuat macam-macam perkara; suruh berzikir yang pelik-pelik; suruh cari barang-barang lama, dan macam-macam lagi bang. Selalunya pukul 5 pagi baru saya boleh tidur. Pukul 6 pagi, saya sudah kena bangun. Nak hantar isteri ke tempat kerja, hantar anak ke nursery lagi, lepas tu saya kena pergi ke tempat kerja pulak"

Aku terpandang ke lengan kanan Zam yang ditumbuhi butir-butir kecil yang banyak, setengahnya ada yang bernanah. Adakah itu tanda banyak bisa di dalam badannya?

Aku biarkan Zam minum air botani dulu. Biar dia tenang sikit dan hilang rasa cemasnya. Aku mulai memahami penderitaan yang Zam alami.

Sambung Zam, "Saya sudah tidak bertenaga bila sampai ke tempat kerja."

Aku menarik nafas panjang. Kesan gangguan ini amat besar dan perlu ditamatkan segera. Timbul kemarahan meluap dalam diri aku kepada jin-jin ini. Aku dapat membayangkan banyak masalah yang Zam hadapi akibat gangguan mereka. Pada fikiran aku, selain masalah kesihatan kerana tidak cukup tidur dan masalah-masalah ditempat kerja, mesti ada banyak kesan-kesan lain yang melibatkan isteri dan anaknya; yang memang kemudiannya turut diakui oleh Zam.

Aku tidak boleh bertangguh lagi. Hujan masih renyai di luar. Lampu ruang tengah tiba-tiba padam. Seekor kelip-kelip nampak terbang masuk melalui pintu depan yang sengaja tidak ditutup dari tadi. Wajah Zam menjadi pucat apabila ternampak kelip-kelip itu seperti terbang ke arahnya.

"Apa tu bang?"

Aku gumpalkan jurus tuju dan lontarkan ke arah kelip-kelip itu, dan kelip-kelip itu berpusing-pusing dan jatuh ke atas lantai.Aku tahu itu kelip-kelip biasa sebab ianya masih kelihatan di situ, jika melibatkan makhluk halus sudah pasti ia telah lenyap. Aku teringat kepada perintah Sulaiman yang telah aku buat sebagai pemagar tadi dan aku yakin ianya tidak ditembusi.

"Baiklah Zam, kita selesaikan malam ini juga masalah Zam dengan jin-jin itu"

"Mula-mula Zam kenalah niatkan bahawa urusan kita pada malam ini adalah kerana Allah sahaja. Kita kena bebaskan diri kita dari sebarang hubungan dengan makhluk halus, atau duduk di bawah pengaruh mereka."

Zam tiba-tiba menjawap," Jin tu sedang marahkan saya bang. Dia kata

Jangan percayakan abang. Jin tu kata mereka jin baik-baik!"

"Kalau baik kenapa Zam jadi macam ni..? Kenapa mereka mengganggu waktu tidur Zam?"

Zam terdiam. "Saya takut dan keliru bang, tolonglah bantu saya."

"Macam inilah Zam, mereka ini iblis; mereka sudah bersumpah untuk menyesatkan kita. Mereka musuh kita yang nyata. Cuba Zam tarik nafas ikut hidung dan hembus ikut mulut, buat berulang-ulang; Zam kena bertenang, jangan dengar cakap jin." Aku cuba memujuk Zam supaya jangan terpengaruh dengan bisikan jin-jin itu.

Arahan aku supaya Zam menarik dan menghembus nafas berulang kali nampaknya berjaya menenangkannya. Memang benar pun dari sudut biologi, bila lebih banyak oksigen disedut masuk maka otak akan menjadi lebih fokus.

Aku spray Muscare Aroma ke atas tapak tangan Zam dan menyuruh beliau menggosok perlahan-lahan kedua-dua tapak tangannya.

"Lepas tu nanti, Zam cium dan sedut bau wangi aroma tu! Biar wangi tu terus sampai ke otak. Saya nak ke dapur, ambik air minum sekejap"

Zam menganggukkan kepalanya tanda beliau faham apa yang perlu dibuat.

Selepas menuangkan air suam dari pitcher ke dalam 2 gelas, aku berjalan semula ke ruang depan. Aku jadi terkejut, pintu depan sudah tertutup dan Zam pula sedang tidur berdengkur dalam keadaan bersandar ke kerusi yang didudukinya. Berdegup laju jantung aku; nampaknya aku pulak yang perlu menarik dan menghembus nafas; otakku memerlukan lebih banyak oksigen supaya dapat fokus kepada kerja ini. Soal pintu depan yang tertutup dan lampu tengah yang tiba-tiba padam tadi tidak boleh dicari jawapannya lagi. Aku mesti berikhtiar dahulu dengan segera supaya jin-jin itu tidak dapat berkomunikasi dengan Zam. Bila Zam tidak lagi boleh mendengar suara jin, sudah pasti Zam akan menjadi lebih tenang dan tugas aku menjadi mudah.

Aku duduk berhadapan dengan Zam, dengkurnya sudah berkurangan; begitu juga degupan jantung aku. Aku letak secubit garam ke dalam gelas air yang aku ambik tadi. Kemudian aku pegang pisau ala Rambo yang memang sentiasa aku letakkan di atas meja itu. Sudah lama aku beli pisau ini, 25 tahun yang lalu semasa aku masih belajar di Amerika Syarikat. Aku menarik pisau keluar dari sarungnya, dan meraba-raba bahagian matanya yang tajam; ketajamannya sentiasa aku jaga; aku membayangkannya sebagai pedang Syaidina Ali as yang ditakuti musuh. Malam ini pisau nostalgia ini akan aku gunakan.

Aku lapik meja dengan kertas putih saiz A4; yang akan aku gunakannya sebagai kandang untuk menikam jin. Jin-jin ini sudah melampau. Zam masih tidur lena dalam posisi yang sama. Aku membaca surah al Fatihah di dalam hati; dan aku teruskan dengan doa memohon bantuan dan perlindunganNYA. Semasa itu aku terdengar bunyi kuat seperti ada benda jatuh di atas bumbung. Aku kumpulkan kekuatan ketenangan diri, tindakan yang amat penting sekarang. Tumpuan aku tidak boleh terjejas.

Aku menggunakan panggilan salam secara batin supaya Zam sedar dari tidurnya. Aku tahu Zam telah terkena panahan tuba jin-jin itu; kesannya menyebakan dia akan merasa mengantuk yang amat sangat. Matanya terbuka perlahan-lahan dan tiba-tiba dia bangun seperti dalam ketakutan. Aku terpaku.

"Abang nak buat apa dengan pisau itu" jerit Zam.

Baru aku sedar, tangan kanan aku sedang memegang pisau dalam keadaan seperti sedang bersedia untuk menikam sesuatu.

"Oh, maaf Zam. Tak ada apa, jangan takut. Saya nak tikam jin dengan pisau ni." Aku menjawap pantas. Aku letakkan semula pisau.

Zam duduk semula, wajah cemasnya beransur pulih. Aku rasa lucu pulak, agaknya Zam menganggap aku hendak menikam dia tadi.Aku senyum memandangnya, dan dia turut tersenyum sumbing.

Aku menyuruh Zam mendengar dan mengikut arahan aku.

" Ada dengar bisikan jin lagi tak?" Aku bertanya kepada Zam.

Zam mengangguk kepalanya dan berkata "Jin tu bertanya boleh ke abg nak menikamnya? Abg kuat ke nak berlawan dengan dia!"

Aku senyum, kerana aku telah meramalkan awal-awal lagi soalan-soalan seperti itu akan timbul. Jin-jin juga mempunyai daya siasah yang tinggi untuk menimbulkan keraguan kita. Mereka biasanya membuat provokasi supaya kita naik marah lalu kita akan hilang fokus. Aku menjadi lebih bersemangat, agaknya di atas berkat doa guru aku.

"InsyaALLAH." Aku menjawap ringkas; aku mengambil sikap berhati-hati supaya tidak mengikut rentak jin; ini bukan masa untuk berdebat; tetapi sudah sampai masanya untuk bertarung.

"Jin tu berbisik kepada saya, mereka nak berkawan dengan abang," balas Zam.

"Saya tidak mahu berbincang atau melayan mereka," jawapku dalam nada tegas. "Tidak ada faedahnya."

Aku menyuruh Zam menarik dan menghembus nafas semula. Aku menyuruh Zam membaca zikir di dalam hati.

"Zam cuba kosongkan fikiran."

"Tetapi jin itu sedang mengejek abg, macam-macam dikatanya. Saya rasa sakit kepala dan bahu saya lenguh macam memikul benda berat."

"Tak apa, sekejap lagi kita tengok apa yang terjadi. Zam baca Fatihah dan minum air dalam gelas tu."

Aku terus mengambil pisau semula dan memegangnya kemas-kemas dengan tangan kanan. Aku hulurkan tangan kiri ke arah pintu; di mana di situ ada lubang kecil untuk angin masuk.

Elok sahaja selesai Zam meminum air tadi, aku membuat satu gerakan pantas; tangan kiri aku menyambar sesuatu dan meletakkannya atas kertas putih; lalu dengan lajunya aku menggerakkan tangan kanan yang masih memegang pisau dan menikam kertas putih tadi.Serentak dengan itu, aku lafazkan ruqyah sumpahan kepada jin. Gelombang yang panas dapat terus aku rasakan menyentuhi kulit muka aku. Lalu aku titiskan Muscare Aroma ke tempat yang aku tikam tadi. Aku biarkan pisau terus terpacak di situ.

"Ada lagi Zam dengar suara bisikan jin?"

Zam seperti dalam kekagetan, matanya merenung tepat ke arah wajah aku; dan mulutnya seperti hendak bersuara tetapi tidak keluar. Aku teruskan bacaan ruqyah dalam hati. Ya ALLAH, kepada Engkaulah kami memohon bantuan.

Zam tiba-tiba bersuara "Rasa sakit kepala saya dah hilang. Bahu saya rasa ringan. Dan saya tak dengar apa-apa bisikan lagi."

"Alhamdulillah. Mudah lah sikit kerja kita sekarang."

Aku melihat Zam duduk bersandar seperti berehat setelah kepenatan membuat sesuatu kerja yang berat. Aku juga rasa lega.

"Jin tadi sudah kena tikam ke abang? Saya sudah tidak mendengar suaranya."

"Itu biarlah kita bercerita kemudian. Sekarang ni saya nak mandikan Zam dulu. Kapal sedang terbakar, elok kita padamkan api dahulu; kalau tidak tenggelam kita."

Seterusnya aku menerangkan tentang tertib dan kaedah mandian yang akan aku lakukan nanti. Aku juga menerangkan bahawa penawar segala penyakit ialah Rahmat ALLAH. Zam mendengar dengan teliti setiap kata-kata aku.

Aku sudah bersedia memandikan Zam. Dia telah duduk di kerusi khas dalam bilik air. Aku menyuruh dia mengosongkan fikirannya dan berzikir. Aku mulakan bacaan doa. Dan aku mulakan dengan jirusan yang pertama ke atas kepalanya. Zam seperti hendak melompat dan nafasnya seperti orang yang dalam kelemasan yang teruk. Pada ketika itu, ibu jari kaki kanan aku berasa seperti ditusuk jarum 7 kali. Dan aku perhatikan kesan tusukan pada ibu jari kanan itu masih ada hingga sekarang.

Aku jiruskan lagi, Zam terus bernafas tercunggap-cunggap. Hinggalah ke jirusan yang terakhir, Zam masih nampak lemas sedangkan bukan banyak air yang dijurus. Aku ambik lagi secebuk air; aku buat pengisian untuk menjadi sebagai air tuju; tujuannya untuk menyejukkan badan dan jiwa Zam. Aku jiruskannya perlahan-lahan ke atas kepala Zam sambil berdoa agar memperolehi rahmatNYA. Tidak ada reaksi yang aku nampak pada Zam; tetapi selepas sahaja tamat bacaan doaku dan jirusan juga telah selesai, Zam tiba-tiba menangis teresak-esak. Aku diam dan memandang dia dengan rasa kasihan.

Tangisannya seolah-olah seperti tangisan seorang bayi yang baru lahir .

"Nanti Zam salin pakaian dan jumpa saya di depan," kataku.

Aku memanjatkan kesyukuran kepadaNYA kerana keadaan masih terkawal dan berjalan lancar sehingga sekarang. "Kita tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya di atas bantuan dan kekuatanNYA," pesan guruku petang tadi.

Zam datang ke depan selepas 10 minit kemudian. Aku hamparkan sejadah dan kami duduk bersila berhadapan sehingga lutut kami berlaga. Suasana terasa hening dan senyap sunyi; bunyi hujan turun pun sudah tidak lagi kedengaran. Jam dinding menunjukkam waktu itu 11.08 malam.

Aku bersedia untuk melakukan jabat pemutus supaya Zam bebas sepenuhnya dari pengaruh 7 jin pendamping yang telah bertahun-tahun mengganggu kehidupannya.Inilah saatnya 'mind & soul' diri benar-benar perlu bergabung menjadi satu.

Aku bersalam dengan Zam dan memegang tangannya dengan kemas. "Tenangkan fikiran kamu, jangan ingat apa-apa. Sebut nama ALLAH berulangkali dalam hati jika kamu rasa tidak tenang," arahku.

"Kamu berighstifar sekarang, mohon ampun kepada ALLAH ke atas salah silap kita."

"Sekarang kamu bersyahadah, lafaz di mulut dengan jelas dan jangan ada keraguan di hati. Jiwa dan akal kamu kena bersatu, kerana ini persaksian kamu terus dengan ALLAH."

Zam mengucapkan kalimah syahadah dengan jelas dan sebutannya ada kemerduan yang tidak terucap dengan kata-kata. Selepas ucapan syahadah, aku terus membuat jabat pemutus dengan pantas sebanyak 7 kali. Aku dapat rasakan angin panas menuju ke wajahku sebanyak 7 kali.

Zam nampak tersentak dengan tindakan aku tadi. Dia memegang kepalanya seperti hendak memeriksa sesuatu.

"Kenapa?"

" Saya rasa kepala saya benar-benar ringan, saya rasa kosong. Dan saya rasa macam sayu!"

"Alhamdulillah, itulah permulaan yang baik untuk memulakan kehidupan yang baru." Aku tahu Zam telah bebas sepenuhnya dari kawalan 7 jin pendamping tersebut. "Baiklah, Zam rehat dulu, saya nak rebus ramuan silam bari untuk Zam"

Aku bangun dan menuju ke dapur. Aku terasa kepenatan telah mula menyerang aku. Aku minum segelas air untuk menghilangkan kehausan. Aku sediakan ramuan silam bari dan merebusnya. Aku bukakan tingkat dapur supaya tidak perlu menghidupkan air ventilation. Sebaik tingkat dibuka, aku terasa meremang bulu tengkuk. "Apa pulak lagi ni," getusku. Aku gerakkan jurus tuju, baru aku hendak tujukan, rasa remang terus hilang. Aku hentikan jurus, aku telah dipesan supaya gunakannya bila perlu sahaja. Aku balik semula ke ruang depan. Zam telah duduk di kerusi, dan nampaknya dia telah melipat sejadah yang kami gunakan tadi. Wajahnya nampak tenang dan segar; tidaklah pucat dan muram seperti mula-mula datang tadi.

"Zam minum ramuan silam bari ini."

"Ramuan ini untuk apa bang?"

"Daun silam bari ini ada kisahnya. Menurut cerita, daun ini telah memberitahu Nabi Allah Sulaiman bahawa ia boleh menyembuhkan semua penyakit," jawapku. Aku akui kebenarannya kerana ramuan silam bari ini berfungsi membersihkan perut; dan perut pula adalah gudang penyakit.

"Yang itu apa pulak abang?" Tanya Zam, sambil menunjuk ke arah botol Muscare Azalea.

Macam dia tahu-tahu pulak yang aku memang hendak memberi dia gunakan Azalea ini. Aku spraykan Azalea ke atas tapak tangan Zam dan menyuruh dia menyapunya ke muka sama seperti perbuatan membasuh muka ketika mengambil wuduk. Aku juga memintanya menyedut bauan Azalea dan menggosok perlahan-lahan batang hidung untuk melancarkan pernafasan.

"Apa yang Zam rasa selepas guna Azalea?"

"Saya rasa sejuk nyaman di muka, pernafasan lancar dan rasa air liur keluar makin banyak."

"Baguslah. Zam habiskan minum air silam bari tu!"

"Abang dah lama ke buat rawatan? Apa kaedah yang abang gunakan? Saya rasa macam pernah jumpa abang je! Abang dulu pernah kerja lain ke?".

Aku menyedut bauan Smart Aroma, ianya berkesan untuk mewujudkan suasana 'relaxing mind' dan meningkatkan daya tumpuan serta ingatan. Zam sudah menampakkan dirinya yang sebenar; ceria dan talkative!

Aku pun memberitahu Zam bahawa:

• Dia adalah orang pertama yang menhadapi masalah gangguan makhluk halus yang telah aku rawat.(Aku perasan dia macam tercenggang, seolah tidak percaya)

• Kaedah yang digunakan ialah kaedah Thobiyyah(ramuan) dan Illahiyyah(doa).

• Ramuan termasuklah herba, urutan, jurus, jabat, aroma dan mandian.

• Illahiyyah ialah berdoa kerana "Sesungguhnya penawar itu ialah Rahmat ALLAH". Hanya kepada ALLAH tumpuan segala harapan.

• Segala penyakit ibarat api; air dapat padamkan api; dan mandian tuju yang aku warisi rahsianya memang menjadi method paling berkesan untuk pemulihan segera.

• Makhluk halus tidak sukakan wangian, jadi aku gunakan pelbagai aroma bunga-bungaan yang rahsia fungsinya aku ketahui. Renungkan bahawa "Rasulullah saw sukakan 3 perkara: harum-haruman, isteri solehah dan solat". Jadi mengapa Rasulullah saw sukakan haruman?

• Muscare Aroma adalah produk pertama yang aku keluarkan, keistimewaannya bagai dikata! Penyembuh duka, penenang jiwa.

• Muscare Azalea untuk keserian dan kecantikkan wajah; juga menjadi penampan kepada gelombang yang tidak elok.

• Smart Aroma untuk 'mind relaxing', daya tumpuan dan ingatan.

• Ramuan Silam Bari pencuci segala kekotoran dalam badan; kotoran yang zahir dan kotoran yang tidak nampak.

• Minuman Botani untuk 'maintenance' tubuh badan.

Kisah benar "Zam dan 7 Jin Pendamping" ini banyak membongkar rahsia untuk aku mendalami ilmu rawatan. Aku wujudkan www.aura1377.com dan www.muscarehouse.com untuk rujukan mereka yang memerlukan maklumat lanjut tentang gangguan makhluk halus. Hidup perlu dinikmati, maka 'Body, Mind & Soul' perlulah sihat dan sejahtera.

Penutup cerita, Zam sendiri telah berhenti kerja sebagai mekanik kenderaan (3 bulan selepas mendapat rawatan aku) dan kini sebagai mekanik saraf di Muscare House sepenuh masa. Banyak kejadian pelik telah kami saksikan bersama terutama semasa membuat rawatan di Sabah. Zam mengakui 'peace of mind' yang beliau dapat sekarang setelah bebas dari gangguan jin adalah sesuatu yang beliau dambakan selama ini dan tidak ternilai dengan harta wang ringgit. Boleh jumpai beliau di Muscare House untuk pengesahan cerita.

"Ya ALLAH Ya Tuhan kami, berikanlah kami petunjuk ke jalan yang lurus sepertimana yang telah Engkau berikan kepada orang -orang terdahulu yang telah Engkau redhai. Ya ALLAH, berikanlah kami Rahmat dan BerkatMU"

TABIB ROSDI

Muscare House

No 11, Haluan Tasek Timur 8,

Anjung Bercham Megah, Bercham, 31400 Ipoh

PERAK DARUL RIDZUAN

Friday, August 5, 2011

MUSCARE DIY: "Buang Angin Dari Badan"

SMS/CAll   0143332058 untuk urusan pembelian produk atau pertanyaan




1. PENGENALAN

1.1. Kami banyak menerima pertanyaan mengenai masalah angin dalam badan terutama tentang punca-punca angin dan bagaimana untuk mengatasinya. Malah ramai yang datang ke pusat rawatan kami juga kerana masalah angin dalam badan.Kami telah memperkenalkan konsep BuangAnginBadanDIY(Do It Yourself) dan mendapat sambutan yang baik. Ramai yang telah berjaya menyelesaikan masalah angin dengan kaedah tersebut, tetapi ramai juga yang tidak berjaya kerana "punca angin" tidak diselesaikan.

1.2. Kami akan memberi penjelasan lanjut di sini tentang kaedah yang benar-benar berkesan untuk mengatasi masalah AnginDalamBadan supaya lebih ramai orang dapat dibantu.

1.3. Berikut adalah tanda - tanda angin banyak di dalam badan

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
• Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dll rasa ketidakselesaan badan.

2. Punca AnginDalamBadan

2.1. Sistem penghadaman yang tidak berfungsi dengan baik.
2.2. Alahan kepada makanan-makanan tertentu.
2.3. Pengambilan 'painkiller' yang berterusan.
2.4. Emosi yang tidak stabil.
2.5. Gangguan sihir/makhluk halus/saka/pendamping.

2.1 Sistem Penghadaman

  • Makanan yang masuk ke perut mesti keluar semula dalam bentuk najis; proses hadam-buang ini perlu berlaku dalam tempoh 18 jam. Kuantiti najis yang keluar mestilah berkadaran dengan kuantiti makanan yang masuk. Bayangkan bagaimana serbuk kelapa diperah untuk diambil santannya dan hampasnya dibuang. Jadi bolehlah kita lihat samada kitaran ini lancar atau tidak dalam badan kita. Jika tidak lancar, maka bermulalah masalah angindalambadan.

  • Najis(termasuklah hampas makanan, bahan toksid, lemak, lendir, asid) akan keluar dari usus besar(perut) melalui usus kecil ke saluran dubur.  Najis yang besar dan keras tidak akan muat untuk melalui usus kecil menyebabkan saluran jadi tersumbat. Bila saluran tersumbat, najis akan berkubang di perut dan menghasilkan angin busuk yang membawa masalah kesihatan yang buruk.

  • Lemak dan lendir mudah lekat ke dinding-dinding usus membentuk lapisan tebal yang kotor. Jika bertahun-tahun tidak dibersihkan, kesan kekotoran ini menghasilkan angin busuk yang menjejaskan kesihatan. Tanda yang jelas berlakunya masalah ialah bila najis keluar sedikit atau macam tahi kambing.


2.2 Alahan Kepada Makanan Tertentu

  • Biasanya makanan seperti pulut, kekacang(semua jenis), buah nangka dan lain-lain memberi kesan 'banyak angin' selepas di makan. Ia menjadi lebih teruk jika sistem penghadaman pulak bermasalah.

  • Tahap alahan dan jenis makanan yang terlibat bergantung kepada badan seseorang.

2.3 Pengambilan Painkiller Yang Berterusan

  • Pengambilan painkiller yang berterusan akan menyebabkan penghasilan banyak asid dalam perut. Asid ini selain menghasilkan angin juga boleh menyebabkan ulcer dan gastrik.

2.4 Emosi Tidak Stabil

  • Sistem badan kita berfungsi secara normal jika jiwa kita tenang atau dalam 'relaxing mood'. Tetapi bila emosi tidak stabil, bila marah atau sedih, akan berlaku perubahan kepada penghasilan hormon dan sistem saraf. Misalnya bila marah, urat saraf akan mengembang dan darah menjadi panas (boleh di ketahui dengan memeriksa 'blood pressure) dan ada hormon-hormon yang cepat rosak. Hasilnya terhasil banyak angindalambadan. Orang tua-tua kata, marah itu ialah 'naik angin'.

  • Gangguan emosi selalunya mengganggu sistem penghadaman, jadi bergandalah angindalambadan.

  • Angin yang terhasil akibat 'emotional outbursts' sukar keluar dari badan; agaknya sebagai hukuman dari ALLAH.

2.5 Gangguan Sihir/Makhluk Halus/Saka/Pendamping

  • Sifat gangguan ialah "panas" yang mudah menggoncang emosi dan menggugat sistem saraf badan.

  • Selalunya angindalambadan kes-kes ini boleh berlaku bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'punca'nya diputuskan.




    3. Formula BuangAnginBadan Muscare

    3.1. Muscare Aroma untuk 'mind relaxing' di samping untuk merawat kesan-kesan angin iaitu lenguh, kebas dan sengal. Diperbuat dari daun-daun hijau dan haruman bunga-bungaan---semulajadi, suci, halal dan kesan keistimewaannya boleh dirasai segera.

    3.2. Muscare Herbal Colon Cleanser untuk 'flushing' dan membersihkan perut (serta dinding-dindingnya) dari kekotoran sisa, bahan tosid, asid, lendir dan lemak yang mungkin telah bertahun-tahun berkumpul di situ.   Perut ialah gudang penyakit, membersihkan perut menjadi syarat utama membuang angin dan mencegah penyakit-penyakit lain.

    3.3. Slimming Massage Oil untuk beri kesegaran segera kepada bahagian badan yang lesu di sebabkan Angin Di Dalam Badan.

    Package BuangAnginBadan Muscare



    Package 1 - RM 120
    Muscare Aroma 60 ml
    Colon Cleanser
    Slimming Massage Oil

    Package 2 - RM 140
    Muscare Aroma 150ml
    Colon Cleanser
    Slimming Massage Oil


    SMS  0143332058 untuk urusan pertanyaan produk.

    Klik Di Bawah untuk beli produk secara online.

    Klik sini untuk tempahan secara online.


    Rawatan BuangAnginBadan Kerana Emosi Tidak Stabil atau Gangguan Sihir/Makhluk Halus/Saka/Pendamping

    • InsyaALLAH, kami juga menyediakan rawatan pemulihan aura diri atau menyelesaikan masalah gangguan-gangguan tersebut.
    Nota penting : AnginDalamBadan juga menjadi punca kepada penyakit gastrik, migrain, jantung, stroke, kencing manis, darah tinggi dll. Luangkan masa dan sedikit modal untuk menjaga badan anda!

    Muscare House
    (IPO 261479-T)
    Pusat Rawatan Thobiyyah & Illahiyyah
    No 11, Anjung Bercham Megah,
    Bercham 31400 Ipoh
    Perak.
    [Nota: kami juga ada 'mobile team']

    Monday, April 11, 2011

    Aura 1377… rawatan thabiyyah & illahiyah

    “Isteri saya dah pergi Mekah, rajin sembahyang dan tiap-tiap hari baca Qur’an, macam mana dia boleh kena gangguan halus?” , tanya Haji H kepada saya setelah saya selesai membuat rawatan ke atas isterinya, Hajjah M.

    Saya diam sebentar, mencari kata-kata yang sesuai untuk memberi penjelasan kepada Haji H. Hajjah M mengalami masalah saraf, dia merasa sakit yang amat sangat di bahagian bahu, pinggang , lutut dan betis. Dah bertahun-tahun dia mengalaminya.

    Haji M dan isterinya serta seorang anaknya merenung wajah saya menunggu jawapan.

    “Beginilah Tuan Haji, Pn Hajjah. Jika daun bergoyang, maknanya ada angin yang bertiup sedangkan kita tidak nampak angin tersebut. Pn Hajjah sendiri sudah pergi jumpa ramai pakar perubatan tetapi belum sembuh, dan pakar-pakar tersebut pulak tidak sependapat mengenai punca penyakit. Tetapi hari ini, selepas saya mandikan Hajjah dengan ‘mandian aura dan mandian tuju’, kemudian saya buat urutan dan jabat jurus, guna pulak aroma dan minum air herba, Hajjah sendiri yang beritahu dia rasa dah hilang sakitnya. Sebenarnya mandian tadi membasuh dan membuang gangguan saka pada diri Hajjah. Sakit Hajjah berpunca dari gangguan saka, jadi bila saka dah tiada, punca sakitnya juga dah tidak ada.”

    Sambungku lagi,” Junjungan besar kita, Nabi Muhamad Rasulullah juga pernah terkena sihir. Jadi siapa-siapa pun boleh terkena gangguan halus ni. Yang kita namakan gangguan termasuklah saka, pendamping, makhluk halus dan sihir”

    Seterusnya saya menerangkan bahawa al Qur’an ialah manual kehidupan kita. Ianya memerlukan proses pembacaan dan amalan perbuatan, barulah ianya akan memberi kesan maksimun. Sebagai perbandingan, setiap kereta ada manualnya; jika tayar pecah, kalau setakat membaca tentang tayar dalam manual tersebut tetapi tidak ada perbuatan menukar tayar maka masalah tayar pecah tadi tidak akan selesai. Samalah dalam hal membaca Qur’an, ianya bukan setakat dibaca, tetapi perlu diteruskan dengan perbuatan, dan perbuatan pulak ada lagi tertibnya dan juga keikhlasan hati.

    Haji H dan ahli-ahli keluarganya menggangguk kepada penjelasan saya, mungkin tanda setuju atau faham, atau juga sebaliknya.

    “Tetapi Tuan Haji, Pn Hajjah ni kena datang lagi untuk rawatan susulan. Sessi pertama ni, saya memadamkan api yang sedang terbakar dahulu supaya Hajjah merasa tenang dan selesa. Bila dah tenang, dah tak rasa sakit, mudah sikit kita buat rawatan seterusnya supaya Hajjah pulih sepenuhnya”

    Kisah di atas hanya salah satu cerita yang saya alami dengan orang-orang yang datang ke pusat rawatan. Banyak pengalaman yang saya kutip dalam membuat rawatan , antaranya:

    • Seorang guru perempuan yang sudah terlantar di hospital selama 15 hari, tidak boleh berjalan atau duduk, hanya berbaring. Doktor-doktor pakar masih mencari punca penyakit. Alhamdulillah, setelah mendapat rawatan thabiyyah dan illahiyah yang saya berikan, atas keizinan Allah Yang Maha Penyayang, dia telah boleh berjalan dan bekerja semula. Penyakitnya berpunca dari gangguan, tidak dapat dikesan dalam perubatan yang diamalkan di hospital.

    • Di Sabah, seorang anak gadis berusia 13 tahun tidak mahu ke sekolah dan bersifat degil serta melawan. Rupanya anak yatim piatu ini tinggal dengan neneknya dan neneknya apabila saya ‘scan’ ada gangguan. Setelah neneknya dirawat dan diputuskan punca ganggguannya, masalah anak gadis ini dengan sendirinya selesai.

    • Seorang mekanik usia awal 30an, sejak umur 21 tahun didampingi oleh 7 jin pendamping. Dia suka mengurung diri dalam bilik dan bercakap serta gelak seorang (sebenarnya dia bersembang dengan jin). Prestasi kerja merosot dan kehidupan sosial terbatas kerana tidak suka bergaul dengan orang . Selepas mendapatkan rawatan saya, dia telah berubah sepenuhnya dan mengakui bahawa kehidupannya kini lebih tenang dan seronok.

    • Seorang guru berumur 44 tahun telah diikuti saka sejak umur belasan tahun lagi. Saka ini telah bersarang dalam tubuhnya. Sebelum mendapat rawatan, guru ini tersangatlah garang dan sentiasa mudah naik marah walaupun atas perkara kecil. Dia juga seorang yang suka berleter dan leterannya akan berlarutan sehigga dia merasa letih. Akibatnya beliau tidak mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang dan sentiasa mengalami sakit kepala. Yang tidak difahami, ada kalanya sikap guru ini terlalu baik dan sangat penyayang orangnya. Rupanya, apabila dipengaruhi oleh sakanya, guru tersebut bersikap negative, dan apabila sakanya tidur barulah menampakkan sifat sebenar diri guru tersebut. Sekarang ini, setelah mendapat rawatan saya, dan atas niat ikhlasnya membuat rawatan kerana Allah, guru tersebut telah jauh berubah dan merasai ketenangan yang belum pernah beliau rasai selama ini. Sakit kepala dan sakit-sakit badan telah hilang.

    SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA

    Soalan: Masih ada ke gangguan halus/saka dalam zaman ni? (nota: soalan ini biasanya ditanya olah mereka yang kononnya berfikiran moden dan ada kelayakan akademik)

    Jawapan: Dalam surah an Naas dan surah al Falk, ada dinyatakan tentang gangguan jin dan sihir. Al Qur’an adalah petunjuk sepanjang zaman yang tidak boleh dipertikaikan kebenarannya. Dan banyak kes-kes penyakit misteri di mana tidak ada penjelasan klinikal tentang puncanya.

    Soalan: Saya dah buang saka tetapi masih ada gangguan, kenapa?

    Jawapan: Saka mungkin telah dibuang tetapi bisa-bisanya masih ada dalam badan. Saka perlu di buang bersama bisa-bisanya sekali.

    Soalan: Pendamping saya berjubah dan berserban, boleh ke saya menyimpannya?

    Jawapan: Kita adalah umat Nabi Muhamad saw. Kita berguru dengan orang yang zahir. Kita tidak tahu pegangan pendamping, jin kafir pun bolah membacakan ayat-ayat Qur’an. Jalan yang selamat ialah jangan berdamping dengan makhluk halus.

    Soalan-soalan lain, antaranya :

    • Bagaimana nak tahu samada kita ada saka atau gangguan?
    • Apakah tanda kita bebas dari gangguan saka/makhluk halus?
    • Kenapa kita kena buang saka, mungkin ada saka yang baik dan boleh memberi faedah?
    • Apakah kesannya kepada kita jika saka tidak dibuang?
    • Dari mana datangnya saka? Dan banyak lagi soalan-soalan yang sering ditanyakan kepada saya.

    Jawapan: Jawapan-jawapan kepada soalan-soalan tersebut ada pada saya, boleh diterangkan kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahuinya. Bolehlah sms atau hubungi saya. Cuma saya memberikan di sini tanda-tanda adanya gangguan saka/makhluk halus, antaranya:

    • Perubahan sikap yang ketara, terutama jika selalu menunjukkan sifat panas baran yang melampau dan bersifat lembut pulak pada kala yang lain.
    • Sakit-sakit saraf yang tidak mudah baik; terutamanya di bahu, pinggang dan kaki. Rasa sakit pula selalu dirasai di waktu senja dan tengah malam.
    • Mudah lupa, darah gemuruh dan hati sentiasa was-was.
    • Selalu gagal dalam hubungan termasuk hubungan suami isteri. Jika ada hubungan pun mudah bertengkar dan berkelahi hatta dalam hal-hal yang kecil.
    • Tidak menjadi dalam hal pekerjaan atau usaha-usaha sentiasa menemui kegagalan. Selalu malas dan mudah patah semangat atau cepat berputus asa.
    • Mengidapi penyakit misteri yang tidak dapat dikesan puncanya secara klinikal.
    • Hysteria atau dirasuk.
    • Kerap mimpi yang bukan-bukan dan menakutkan; misalnya mimpikan ular dll
    • Jantung berdegung kencang secara tiba-tiba dan tanpa sebab yang munasabah. Biasanya berlaku bila berada di sesuatu tempat.

    RAWATAN THABIYYAH & ILLAHIYAH

    Thabiyyah bermaksud penggunaan ramuan seperti herba, aroma, dan bahan-bahan semulajadi yang lain; dan kaedah seperti mandian aura, mandian tuju, urutan, jabat dan jurus batin; dan juga proses scan secara jurus untuk mengesan kehadiran saka/makhluk halus dan bisa gangguan.

    Illahiyah bermaksud menggunakan doa dan ruqyah, meminta hanya bantuan Allah kerana “SESUNGGUHNYA PENAWAR ITU RAHMAT ALLAH”

    Gabungan Thabiyyah & Illahiyah juga bermaksud pendekatan secara holistic iaitu rawatan yang dibuat merangkumi “body, mind & soul”

    Rawatan di buat ke atas semua penyakit-penyakit fizikal kecuali penyakit buah pinggang; dan penyakit-penyakit kerohanian seperti gangguan saka, makhluk halus dan sihir.

    Selain itu, perkhidmatan rawatan juga ditawarkan untuk:

    • Menambah atau memulih aura diri terutama bagi sesiapa yang merasa jiwanya kosong dan resah gelisah.
    • Mengawal gangguan nafsu.
    • Memenuhi hajat-hajat peribadi seperti lewat jodoh, tiada zuriat dll
    • Pelaris dan pemagar.
    • Menjadi lelaki istimewa.
    • Menjadi wanita istimewa.

    PROSES RAWATAN

    • Semua pesakit yang datang untuk rawatan di tempat saya terlebih dahulu akan diproses supaya mempunyai ketenangan diri dan kelembutan jiwa. Ketenangan diri penting kerana diri yang tidak tenang umpama pelabuhan yang bergelora. Kapal tidak mudah berlabuh di pelabuhan yang bergelora; oleh itu diri perlu ditenangkan terlebih dahulu agar mudah kapal yang membawa rahmat dan rezeki dapat berlabuh. Jiwa yang keras tidak mudah menerima tunjuk ajar; jadi bagaimana rawatan dapat dibuat dengan sempurna. Kerjasama antara yang memberi dan menerima rawatan perlu ada, barulah boleh lancar proses rawatan. Bagaimanakah caranya untuk mempunyai ketenangan diri dan kelembutan jiwa? Datanglah berjumpa saya, InsyaAllah, ketenangan dan kelembutan ini boleh dirasai sendiri, asalkan niatnya kerana Allah pasti akan saya tunjukkan.
    • Setelah pesakit merasa tenang dan dalam keadaan ‘relaxing mood’, barulah langkah rawatan seterusnya akan diambil. Langkah-langkah ini tidak sama untuk semua pesakit tetapi akan dibuat mengikut keperluan seseorang pesakit.
    • Dengan hanya sekali bayaran, pesakit-pesakit masalah kerohanian akan diselia sehingga selesai masalah gangguan. Pesakit-pesakit juga akan diajar method DIY bagi menghadapi dan mengatasi sekiranya timbul masalah gangguan yang tidak dijangka.
    • Proses rawatan yang sebenar akan diberitahu sekiranya datang berjumpa saya.

    “RASA ITU PINTU RAHSIA”, kesan rawatan thabiyyah & illahiyah boleh dirasai sendiri dengan izin Allah. Sila buat temujanji untuk berjumpa bagi tujuan rawatan. Terima kasih.